Panduan FCPO Untuk Beginner

Faham FCPO Sebelum Mula Trade.

Panduan lengkap untuk anda yang baru nak mula — dari asas kontrak, margin, platform, demo account sampai terminologi penting.

Learning Path 6 Modul

Panduan FCPO

Start dengan asas, cuba demo, kemudian baru buka akaun bila dah ready.

Baru Mula? Ikut Step Ini

Kalau anda masih blur, jangan lompat terus ke live trade. Ikut flow asas ini supaya lebih jelas sebelum buka posisi sebenar.

1

Faham FCPO/FKLM

Kenal produk, saiz kontrak, tick value, sesi dagangan dan faktor yang gerakkan harga.

2

Cuba Demo Account

Latih cara masuk order, baca chart dan rasa pergerakan futures market tanpa risiko duit sebenar.

3

Semak Margin

Rujuk margin terkini Bursa Malaysia dan kira modal sesuai dengan cushion yang cukup.

4

Buka Akaun

Bila dah ready, buka akaun Phillip Capital melalui link rasmi yang disediakan.

5

Syuhail Guide Setup

Syuhail boleh bantu explain langkah setup, platform dan perkara asas sebelum anda mula.

Belum ready buka akaun?

Mulakan dengan demo account dulu. Bila dah faham platform, baru decide untuk akaun sebenar.

Pergi ke Demo Account

Apa Itu FCPO?

Futures Crude Palm Oil (FCPO) — Instrumen Trading Patuh Syariah di Bursa Malaysia

FCPO atau Crude Palm Oil Futures ialah kontrak futures yang di-trade di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ikut harga minyak sawit mentah.

Mudah cerita — anda tidak perlu beli minyak sawit secara fizikal. Anda hanya trade pergerakan harga minyak sawit. Harga naik atau turun, kedua-duanya ada peluang untuk buat untung.

FCPO telah disahkan patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Shariah Advisory Committee Bursa Malaysia — sesuai untuk semua pelabur Muslim.

Fakta menarik: Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih 85% pengeluaran minyak sawit global — menjadikan FCPO bukan sekadar instrumen tempatan, malah diikuti oleh trader dan institusi kewangan seluruh dunia. Harga FCPO di Bursa Malaysia menjadi benchmark harga sawit dunia.

FCPO juga antara kontrak futures paling lama di-trade di Asia — wujud sejak 1980 di Bursa Malaysia, membuktikan kematangan dan kestabilan pasarannya.

Kod KontrakFCPOCrude Palm Oil Futures
Instrumen AsasMinyak Sawit Mentah
Saiz Kontrak25 Tan Metrikper Kontrak
Nilai TickRM2525 tan x RM1
Sesi DaganganIsnin-JumaatPagi & Petang + After-hours Isnin-Khamis
PlatformPhillip Nova & CQG
MarginSemak Margin Terkini ↗
Kenapa Trade FCPO

Kenapa Ramai Pilih Trade FCPO?

1

Leverage — Kawal Kontrak Besar Dengan Modal Lebih Kecil

Dengan margin FCPO, anda boleh trade satu kontrak FCPO bernilai besar (berdasarkan harga semasa × 25 tan metrik). Potensi pulangan jauh lebih tinggi berbanding pelaburan biasa dengan modal yang sama.

Leverage juga meningkatkan risiko — gunakan dengan berhati-hati.
2

Kecairan Tinggi (High Liquidity)

FCPO adalah antara kontrak futures paling aktif di Bursa Malaysia. Pasaran disertai bukan sahaja pelabur runcit, malah pemain industri sawit, pengurus dana besar, dan institusi kewangan global. Liquidity tinggi = senang nak masuk dan keluar trade pada harga yang adil.

3

Peluang Berdagang Dua Arah

Berbeza dengan saham biasa — dalam FCPO, anda boleh untung sama ada harga naik (Long/Buy) atau turun (Short/Sell). Peluang trading wujud dalam mana-mana keadaan pasaran.

4

Kos Transaksi Rendah

Kos hanya merangkumi Yuran Komisen dan tidak termasuk Duti Stem dan Clearing Fees

5

Pasaran Terkawal & Telus

FCPO dikawal selia oleh: Kementerian Kewangan → Suruhanjaya Sekuriti (SC) → Bursa Malaysia Derivatives Bhd & Bursa Malaysia Derivatives Clearing Bhd. Semua transaksi dijamin oleh Bursa Malaysia Clearing — risiko counterparty hampir sifar.

+

Bonus

Malaysia & Indonesia menyumbang lebih 85% pengeluaran minyak sawit global — menjadikan FCPO salah satu kontrak komoditi paling penting di Asia Tenggara.

Perbandingan Kos Transaksi

Table ini ringkaskan beza kos FCPO futures berbanding saham untuk masuk dan keluar posisi.

FCPO (Futures)Saham
Yuran KomisenRM11 per lotRM9-12 (0.1%)
Duti SetemTiadaRM9
Yuran PenjelasanTiadaRM2.70
Jumlah (Masuk & Keluar)RM22RM47.40

Nak rasa platform dulu sebelum live trade?

Guna demo account untuk biasakan diri dengan order, chart dan futures market.

Cuba Demo Dulu

Apa Yang Gerakkan Harga FCPO?

Faktor harga dipermudahkan dalam bentuk dashboard. Klik “Baca detail” kalau nak lihat penerangan penuh.

RMCurrency

Nilai Matawang

Ringgit lemah boleh menyokong permintaan eksport. Ringgit kukuh pula boleh menekan permintaan global.

MYR Lemah → FCPO Cenderung NaikMYR Kukuh → FCPO Cenderung Turun

FCPO di-trade dalam Ringgit Malaysia (MYR) di Bursa Malaysia.

  • Ringgit lemah → harga sawit lebih murah untuk pembeli luar negara → permintaan eksport naik → harga FCPO cenderung naik.
  • Ringgit kukuh → harga sawit mahal di pasaran global → permintaan turun → harga FCPO cenderung turun.
Weather

Cuaca

El Nino dan La Nina boleh ganggu pengeluaran, penuaian, logistik dan volatility harga sawit.

El Nino → Supply TurunLa Nina → Volatility Naik

El Nino (Cuaca Panas & Kering) — mengurangkan kelembapan tanah → jejaskan pertumbuhan pokok sawit → pengeluaran sawit turun → harga FCPO cenderung naik.

La Nina (Hujan Lebat Berlebihan) — banjir & kesukaran penuaian → gangguan logistik → bekalan jangka pendek terganggu → volatiliti harga meningkat.

Market

Supply & Demand

Harga bergerak ikut keseimbangan pengeluaran, inventory, permintaan China/India, biodiesel dan industri makanan.

Supply: production & inventoryDemand: export & biodiesel

Supply: Jumlah pengeluaran sawit, inventory level, kos pengeluaran, polisi kerajaan.

Demand: Permintaan global (terutama China, India), industri makanan & oleokimia, permintaan biodiesel, harga minyak sayuran alternatif.

OilCommodities

Komoditi Lain

Soybean oil, sunflower oil, crude oil dan biodiesel boleh ubah permintaan terhadap minyak sawit.

Soya Naik → Sawit Lebih MenarikCrude Oil Naik → Biodiesel Kompetitif

Minyak Masak Pesaing: Soybean Oil — jika harga soya naik, pembeli beralih ke sawit → harga FCPO naik. Sunflower Oil — gangguan bekalan (konflik geopolitik) boleh tingkatkan permintaan sawit.

Tenaga: Crude Oil — jika harga minyak mentah tinggi, biodiesel dari sawit jadi lebih kompetitif → permintaan minyak kelapa sawit cenderung naik. Biodiesel — minyak kelapa sawit digunakan sebagai bahan campuran biodiesel.

Produk Pemula

Apa Itu FKLM?

Mini FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures — Pilihan Terbaik Untuk Pemula

FKLM adalah kontrak futures yang di-trade di Bursa Malaysia Derivatives, bergerak ikut harga FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) — iaitu indeks utama pasaran saham Malaysia.

Senang cerita — kalau KLCI naik, FKLM pun naik. Kalau KLCI turun, FKLM pun turun. Anda trade pergerakan indeks saham Malaysia, bukan saham individual.

Kenapa FKLM sesuai untuk pemula? Margin yang rendah berbanding produk futures yang lain. Sesuai untuk yang nak latih skill futures trading dulu sebelum masuk produk yang lebih besar.

💡 Syuhail sangat recommend FKLM sebagai titik mula.
Kod KontrakFKLMMini FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures
Instrumen AsasFTSE Bursa Malaysia KLCIFBM KLCI
Saiz KontrakFBM KLCI x RM10.00
Nilai TickRM5
MarginSemak Margin Terkini ↗
Sesi DaganganIsnin-JumaatPagi & Petang + After-hours Isnin-Khamis (9:00 malam - 2:30 pagi)

Apa Yang Gerakkan Harga FKLM?

Untuk FKLM, fokus utama ialah pergerakan indeks, sentimen global, data ekonomi dan dana asing.

KLCIIndex

Prestasi Indeks KLCI

FKLM bergerak hampir 1:1 dengan KLCI, terutama bila saham bank dan GLC bergerak kuat.

Saham Syarikat dalam Indeks Naik → Indeks NaikSaham Syarikat dalam Indeks Turun → Indeks Mengalami Tekanan

FKLM bergerak hampir 1:1 dengan KLCI — apa-apa perubahan dalam saham komponen utama akan terus impact harga futures.

Indeks KLCI sangat dipengaruhi oleh saham berkapitalisasi besar: Bank (Maybank, CIMB, Public Bank, OCBC, AmBank) dan GLC (Tenaga Nasional, Petronas-linked counters).

Mudah cerita — kalau saham bank naik, indeks naik, FKLM naik. Kalau saham bank turun walaupun saham kecil naik, indeks masih boleh jatuh.

🌏Global

Sentimen Pasaran Global

Pasaran US, Jepun dan Hong Kong boleh mempengaruhi risk appetite pelabur asing terhadap Malaysia.

US Naik → Risk-OnUS Jatuh → Emerging Market Pressure

KLCI dipengaruhi oleh aliran global seperti S&P 500 (US), Nikkei (Jepun), Hang Seng (Hong Kong).

  • US market naik → 'risk-on sentiment' → pelabur lebih berani beli aset Asia → FKLM cenderung naik.
  • Pasaran US jatuh → pelabur asing keluar dari pasaran emerging → FKLM cenderung turun.
BNMPolicy

Data Ekonomi & Polisi Kerajaan

Kadar faedah, inflasi dan dasar kerajaan boleh memberi tekanan atau sokongan kepada indeks.

Rate Naik → Kos Pinjaman NaikDasar Fiskal → Sektor Tertentu Bergerak

Kadar Faedah (Bank Negara Malaysia) — naik: kos pinjaman mahal → syarikat tertekan → Indeks Cenderung Turun. Turun: kos pinjaman murah → Pasaran Saham Cenderung Naik.

Inflasi — inflasi tinggi → Bank Negara mungkin ketatkan polisi → tekanan kepada indeks.

Dasar Kerajaan — dasar fiskal (belanja kerajaan, projek infrastruktur), insentif sektor tertentu (teknologi, tenaga hijau).

FundFlow

Aliran Dana Asing

Foreign fund flow antara faktor paling cepat kesannya pada KLCI dan trend FKLM.

Dana Masuk → Bullish TrendDana Keluar → Selling Pressure

Ini antara faktor paling kuat dan paling cepat kesannya. Dana besar seperti Vanguard, BlackRock, UBS, Norges Bank masuk atau keluar dari Bursa Malaysia:

  • Dana asing masuk → index cenderung naik → FKLM bullish trend.
  • Dana asing keluar → selling pressure → Indeks Cenderung Turun.

Platform Trading Yang Anda Gunakan

Phillip Nova (Recommended untuk Pemula)

Platform utama Phillip Capital — user-friendly, sesuai untuk semua level trader.

Features:
- Real-time chart — live data tanpa bayaran tambahan
- Fast execution — order masuk laju
- Boleh guna melalui website, desktop app, dan mobile app
- Link terus dengan TradingView tanpa perlu subscribe atau bayar TradingView

Download Phillip Nova:

Jika embed video tak muncul dalam browser atau hosting tertentu, tekan preview ini untuk buka terus di YouTube.

CQG

Platform professional — kebiasaannya digunakan oleh trader berpengalaman. Ada caj tambahan dikenakan oleh CQG. Boleh request setup dengan Syuhail.

Phillip NovaCQG
Sesuai untukPemula & intermediateTrader professional
Kos tambahanTiadaAda
Mobile appYaAda
TradingView integrationYaTidak

Platform dah ready, akaun belum?

Buka akaun sekarang atau minta Syuhail guide setup Phillip Nova.

Buka Akaun ↗
Demo Account

Belum Ready Nak Guna Duit Sebenar?

Cuba Demo Account Dulu — Percuma.

Phillip Capital ada akaun demo percuma melalui Phillip Nova — sama macam akaun sebenar, tapi guna duit virtual. Sesuai untuk yang nak:

Faham cara guna platform sebelum mula tradeLatih strategi trading tanpa risikoRasa macam mana futures market bergerak

Cara Daftar Demo Account:

2

Tekan 'Phillip Nova Demo Account'

3

Isi maklumat → tekan 'Submit'

4

Email akan dihantar untuk steps seterusnya

Perlukan bantuan setup demo account? Syuhail boleh guide.

Dah cuba demo dan nak buka akaun sebenar?

Deposit awal RM1,000 untuk pembukaan akaun. Syuhail boleh guide langkah seterusnya.

Buka Akaun Sekarang ↗

Glossari — Istilah Yang Perlu Anda Tahu

Tak perlu hafal semua sekarang — jadikan rujukan bila perlu.

Kira Modal Yang Sesuai Untuk Anda

Panduan asas sahaja — setiap trader mempunyai risk management tersendiri.

Cara guna:

1. Semak margin terkini di Bursa Malaysia — Semak Margin Terkini
2. Masukkan nilai margin produk yang anda nak trade
3. Masukkan jumlah kontrak
4. Pilih jangkaan volatiliti pasaran
5. Masukkan modal tersedia jika mahu semak sama ada cushion cukup

Formula asas: Rendah = Margin + RM500 | Sederhana = Margin + RM1,500 | Tinggi = Margin + RM2,000 | Sangat Tinggi = Margin + RM3,000. Untuk lebih daripada 1 kontrak, jumlah dikira berdasarkan setiap kontrak.
Semak Margin Terkini
Total MarginRM 0
Extra CushionRM 0
Jumlah Kontrak1
Modal Yang DisyorkanRM 0Masukkan margin produk untuk kira.
Ini bukan nasihat kewangan. Gunakan calculator ini sebagai panduan kasar sahaja.
Disclaimer: Ini panduan asas sahaja. Setiap trader mempunyai cara dan risk management tersendiri. Dealer dan broker tidak bertanggungjawab atas keputusan trading anda.

Dah Ready Nak Mula?

Satu langkah je lagi — buka akaun dan Syuhail akan guide selebihnya.

Deposit awal RM1,000 untuk pembukaan akaun.

Masih ada soalan? Tekan butang WhatsApp di bawah untuk bertanya.

Hubungi Syuhail

Hubungi HailFutures

Tinggalkan maklumat anda — kami akan respon melalui WhatsApp.